Ubah Saiz Gambar Dalam Entri Post

Sebelum:

Selepas:
Kebiasaannya jika upload gambar dalam post, adakalanya kita ingin sesuaikan saiz gambar dengan saiz ruang entri post. Memang terdapat option untuk tukar saiz image (Small, Medium, Large dll - mucul bila klik pada image tersebut) tetapi kadang-kadang tidak menepati saiz yang kita kehendaki (terlalu besar / terlalu kecil) Caranya ialah dengan mengubah nilai width dan height pada kod gambar yang muncul dalam ruang tab Edit HTML (sebelah Compose). Kod gambar yang muncul biasanya adalah seperti berikut:
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTK1citkL5DccEJv4uHnrX7dKgSNHagxWqI0sfBKRJh03VS15PxaCoh9wD5OKv9yfQYS-iY6y_0uDvOL1Jv-qwEKAhUCUQuDWBuulmJaT4cETFDnmQrX4hwYKOqmmRGIdZJZPfRweqSA4/s1600/baby2-300x300.jpg" imageanchor="1"><img border="0" height="200" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTK1citkL5DccEJv4uHnrX7dKgSNHagxWqI0sfBKRJh03VS15PxaCoh9wD5OKv9yfQYS-iY6y_0uDvOL1Jv-qwEKAhUCUQuDWBuulmJaT4cETFDnmQrX4hwYKOqmmRGIdZJZPfRweqSA4/s200/baby2-300x300.jpg" width="200" /></a></div>

Caranya:
1) Pada nilai yang dihighligtkan merah di atas, tukarkan nilai width dan height mengikut kesesuian lebar dan tinggi image yang anda mahu. Pastikan ratio lebar kepada tinggi adalah sama dengan saiz gambar asal untuk mendapatkan image yang cantik.

2)Untuk mengubah kualiti terang/ kelabu gambar pula, anda boleh tukar nilai s200 dalam kod di atas kepada s800 atau s900. Dengan itu gambar yang anda besarkan tadi tidak akan kelihatan "blur".

Selamat mencuba! :)

1 comment:

Komen kat sini ye.. ^_^